Wednesday 28 December 2016

Maju selangkah kehadapan

Assalamamualaikum... selamat pagi semua pembaca...

Hari ini  10/11/2016 buat pertama kalinya dzee licious telah mula memasarkan salah satu product nya di salah  sebuah warong kecil di johor bahru  yang terletak di tepi simpang empat jalan Kasawari yang berdekatan dengan maslee kampung aman...  product tersebut adalah Apam Mawar Gebu kami. 
 Kami juga akan memasarkan kuih apam mawar gebu ini di kawasan sekitar.. Insya Allah.. Aamiin..aamiin..aamiin..






Sunday 30 October 2016

permulaan



Assalamualaikum semua...

Mari saya perkenalkan Dzee Licious.  Ia adalah sebuah  laman  facebook yang saya cipta untuk saya
 post apa yang dijual oleh dzee licious kepada pelangan-pelangan. Kami menjual makanan ringan seperti kerepek ubi pelbagai perisa seperti ubi kari, ubi sambal, ubi biasa, ubi racik, ubi jagung, ubi lada hitam dan 9ubi tomato.
 Selain itu kami juga memjual dan membekalkan keropok ikan, kerepek pisang tanduk, kuih apam mawar gebu, sandwich dan karipap kentang.

Mari saya terangkan tentang product ubi kami. ubi yang paling mendapat sambutan hangat dan laris adalah product ubi perisa kari, ubi perisa sambal pedas dan ubi perisa biasa atau plain.
Ubi ini didatangkan dlm paket 500gm, 1kg dan 5kg bagi yang meletakan brand atau cap sendiri.

Manakala untuk keropok ikan kami menyediakan paket kecil 38gm, 500gm, 1kg dan 2kg untuk mereka-mereka yang ingin meletakan cap sendiri atau brand sendiri.

Untuk kerepek pisang tanduk pula kami menyediakan paket 275gm hingga 300gm dan dengan harga yang berpatutan.. semua sedia maklum kerepek pisang tanduk memang mahal. jadi mana-mana pelangan kami yang telah merasainya memang tiada yang merunggut.

Baiklah sekarang tiba masa untuk product kuih muih pula.Apam mawar gebu adalah product yang paling laris di dzee licious  sebabnya tidak ramai yang berani membuat kuih ini.. mereka  kata takut tidak menjadi bunganya, atau kembangnya. untuk apam mawar ini kami menyediakan dlm pakat kecil (4pcs), pack sederhana (50pcs) pack,  pack VIP pula tersedia dalam pack 25pcs... namun ia juga bergantung kepada pelangan. Dimana kadang kala ianya juga bergantung kepada permintaan pelangan.

Apam mawar gebu kami ini sesuai untuk dihidangkan dimajlis korporat, menyambut menantu, majlis-majlis hari jadi,  majlis kenduri kesyukuran, majlis perpisahan,majlis PIBG dan lain...


Oklah sampai disini dulu... lain kali saya sambung cerita tentang product kami lagi... rajin-rajin baca blog saya ini..

Bye... wasalam... jumpe lagi...  ^_^